Adakah seperti ini wakil yang kita mahu duduk di parlimen dewan mulia?
KUALA LUMPUR 27 Mei — Tindakan seorang wakil pembangkang menghampiri tempat duduk Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menimbulkan bantahan penyokong kerajaan yang berpendapat ia tindakan biadap dan tidak boleh dimaafkan. N.Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) bertindak demikian untuk berbisik kepada Pandikar Amin bagi menjelaskan perkataan Tamil “ukker” (bererti duduk) yang disebut oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron semasa meminta Mohd Nasir Zakaria (PAS-Padang Terap) untuk duduk.
Gobalakrishnan mahu menjelaskan bahawa perkataan itu boleh membawa maksud berbeza jika tidak disebut dengan betul. Tetapi tindakannya menghampiri Pandikar dibantah Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) yang bingkas bangun dan meminta Gobalakrishnan dihadapkan ke jawatankuasa untuk diadili kerana insiden seperti itu tidak sepatutnya berlaku, kerana menurutnya, “dewan bukan tempat untuk samseng”.
"Saya sudah tiga penggal di dewan ini, inilah pertama kali kejadian seperti ini berlaku,” katanya yang disokong beberapa penyokong kerajaan yang lain. Sebelum itu Pandikar Amin meminta semua bertenang memandangkan beliau sendiri tidak memahami maksud perkataan yang disebut oleh Idris.Kekecohan reda apabila ketua whip PKR Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) bangun dan meminta Gobalakrishnan untuk meminta maaf dan berharap perkara ini tidak akan berlaku lagi di Dewan yang mulia itu.
"Setelah saya merujuk kepada ketua pembangkang, saya selaku ketua whip dengan ini memohon Yang Berhormat Padang Serai untuk bangun meminta maaf atas tindakan sebentar tadi,” katanya.
Gobalakrishnan terus bangun dan meminta maaf kerana tindakan itu yang menurutnya dilakukan tanpa disedari.
No comments:
Post a Comment