Kuala Lumpur 29 April- Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Watiqubillah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Shah dalam titah baginda di parlimen pagi tadi, meminta ahli-ahli Dewan Rakyat yang terpilih supaya menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi, ikhlas dan jujur.
"Jadikanlah dewan yang mulia sebagai persada untuk menyampaikan teguran yang membina dan pendapat-pendapat yang bernas dan hendaklah menjadikan kepentingan negara sebagai matlamat utama dan tidak menggunakan dewan yang mulia ini bagi kepentingan politik individu," tegas baginda.
Apa yang hendak disampaikan oleh YDPA amat jelas mesejnya iaitu mengenai kepentingan menjaga keharmonian negara mengatasi segala-galanya. Apatah lagi jika perjuangan yang wujud berasaskan kepentingan individu yang rakus dan tamak kuasa dari dahulu hingga kini sepatutnya tidak ada atau tidak diizinkan sama sekali melangkah di kawasan bersejarah (Parlimen) sebagai institusi yang wajar dipelihara kesuciannya membela nasib rakyat sebenar sejak mencapai kemerdekaan.
Harap-harap pesanan Baginda tersebut menjadi buah tangan berharga untuk dibawa pulang bagi individu dimaksudkan yang kritikal dihidapi penyakit "Gila Kuasa" dan penting diri.
No comments:
Post a Comment