Tuesday, November 13, 2012

Politik kampus UKM

1970/71 · Penubuhan PMUKM · Islam dijadikan landasan pergerakan PMUKM, maka pemimpin-pemimpin PMUKM dilantik dari kalangan yang cenderung kepada Islam · PMUKM berada dibawah pengaruh PKPIM · Ramli Haji Ibrahim menjadi pengasas dan Pengerusi Jawatankuasa Penaja PMUKM. 1971/72 · Yang Di Pertua PMUKM sesi 1971/72 ialah Ramli Haji Ibrahim. 1973/74 · Yang Di Pertua PMUKM sesi 1973/74 ialah Abdul Halim Arshad. · Ada pihak yang tidak dapat menerima tindakan-tindakan PMUKM yang dikuasai oleh kumpulan Islamik · Antara yang kurang disenagi oleh pihak-pihak tertentu ialah tindakan PMUKM mencabar kepentingan “establishment” secara langsung seperti menentang perlantikan Datuk Abdullah Ayub sebagai Naib Canselor UKM yang baru dan krisis dengan MB Selangor Datuk Harun Idris ekoran isu pembalakan haram di tapak kampus UKM di Bangi. 1974/75 · Yang Di Pertua PMUKM sesi 1974/75 ialah Abdul Rahman Rukaini. Manakala Timbalan Yang Di Pertua PMUKM sesi 1974/75 ialah Hassanuddin Yeop. · PMUKM terpaksa dibubarkan berikutan arahan kerajaan apabila berkuatkuasanya pindaan Akta Universiti pada tahun 1975 selepas demonstrasi Baling pada bulan Disember 1974 1975/76 · PMUKM dipulihkan semula beberapa bulan kemudian apabila diadakan pilihanraya MPP sesi 1975/76 mengikut Akta Universiti 1975. · Pergolakan politik mahasiswa UKM menjadi semakin jelas apabila terdapat dua kumpulan iaitu kumpulan yang hendak menerima dan menentang pilihanraya MPP pertama pada tahun 1975 bagi memenuhi kehendak Akta Universiti yang baru dipinda. Mahasiswa berbelah bagi menyebabkan peratus keluar mengundi tidak sampai angka 50%. 1976/77 · Pada pihanraya 1976/77, PMUKM dibenarkan wujud kembali dengan wajah baru tetapi dipimpin “orang lama”. · Yang Di Pertua PMUKM sesi 1976/77 ialah Fuad Hassan. Timbalan Yang Di Pertua PMUKM sesi 1976/77 ialah Abu Bakar Chik. 1978/79 · Yang Di Pertua PMUKM sesi 1978/79 ialah Abdul Rahman Sidek. · Sesi ini merupakan sesi terakhir di dalam sejarah politik kampus UKM yang mana penyerahan pucuk pimpinan PMUKM dijalankan dalam suasana harmoni dan penuh persefahaman. 1979/80 · Muncul satu bentuk baru dalam kancah politik kampus di UKM dengan wujudnya sistem politik kepartian. · Terdapat dua kelompok mahasiswa yang berlainan ideology iaitu : 1. Angkatan Tindakan Mahasiswa (ATMA) : Kumpulan mahasiswa yang cenderung kepada Islam dan memperjuangkan dasar-dasar Islam 2. Tindakan Siswa Bersatu (TSB) : Kumpulan mahasiswa Melayu yang memperjuangkan dasar kebangsaan (nasionalisma). · Yang Di Pertua PMUKM sesi 1979/80 ialah Fadhullah Shuaib, Timbalan Yang Di Pertua ialah Jaafar Abd Rahaman dan Setiausaha Agong ialah Abd. Malik Awang Kechil. 1980/81 · TSB buat pertama kalinya menguasai PMUKM. Mahasiswa pada ketika itu tidak dapat menentukan siapa yang benar di antara kedua-dua pihak akibat daripada pelbagai isu di samping terdapatnya perasaan ingin menukar “selera”. Kesemua calon ATMA peringkat umum termasuk Jaafar Abd Rahaman dan Abd. Malik Awang Kechil tewas kecuali Fadhullah Shuaib. · Kekalahan tipis ini juga mungkin disebabkan penyertaan calon Bebas seramai 4 orang. · Yang Di Pertua PMUKM sesi 1980/81 ialah Rais Zainuddin. Timbalan Yang Di Pertua ialah Abdul Rahman Bakar. 1981/82 · ATMA telah berjaya kembali menguasai PMUKM. · Kekalahan TSB sungguh mengejutkan pendokong-pendokong kuat TSB yang telah bekerja keras mengekalkan pengaruh mereka. · Pergolakan dalaman yang berlaku dalam ATMA telah dipergunakan oleh TSB tetapi tidak berjaya untuk menumbangkan seterunya. 1982/83 · Pada 9 Julai 1982, di saat-saat pengundian Pilihanraya Kampus 1982/83, kumpulan ATMA dan TSB telah bertikam lidah secara terbuka. Kedua-dua belah pihak telah mengadakan perarakan secara haram pada waktu malam dan bertembung di sekitar Kamsis A. Peristiwa berlarutan dari pukul 10.30 malam hingga 12.30 pagi. Peristiwa ini berakhir secara aman setelah campur tangan semua pihak. Ekoran peristiwa tersebut, pentadbiran universiti menangguhkan pilihanraya kampus pada sesi tersebut dari 10 Julai 1982 kepada 19 September 1982. Tiga pindaan dinyatakan oleh Naib Canselor : 1. Slogan / manifesto yang digunakan bersama oleh dua / lebih calon tidak dibenarkan 2. Seseorang calon tidak boleh menyokong @ mencadang calon lain 3. Kempen secara berkumpulan tidak dibenarkan · Walaupun ATMA masih berjaya menguasai PMUKM, tetapi mereka juga menghadapi krisis dalaman antara pemimpin-pemimpin mereka. Arah dan corak perjuangan mereka seolah-olah sudah tidak sealiran, hingga melahirkan satu kumpulan pro-ABIM dan satu kumpulan pro perjuangan PAS. Krisis dalaman ini selaras dengan perpecahan yang berlaku di dalam pergerakan ABIM, ekoran kemasukan Anwar Ibrahim, presiden ABIM ke dalam UMNO pada tahun 1982. · Konsert Sudirman anjuran Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi mendapat bantahan kumpulan mahasiswa Islam 1983/84 · Setiausaha Agong PMUKM sesi 1983/84 ialah Wan Ismail Wan Jusoh. 1984/85 · Kumpulan Pro-ABIM dan kumpulan pro perjuangan PAS telah bersetuju meletakkan calon dari kumpulan masing-masing atas tiket ATMA. · Setelah ATMA memenangi pilihanraya kampus, keadaan menjadi tegang apabila berlaku pertikaian antara kumpulan pro-ABIM dan kumpulan pro-PAS di dalam menentukan jawatan-jawatan utama PMUKM. Wan Ismail Wan Jusoh (dikatakan pro-PAS) yang sepatutnya menerajui PMUKM telah menarik diri. Kepimpinan PMUKM dikuasai oleh kumpulan pro-ABIM sepenuhnya setelah kumpulan pro-PAS menarik diri. · Yang Di Pertua PMUKM sesi 1984/85 ialah Mustafa Kamil Ayub. Setiausaha Agong ialah Kamsani Mahful. · Krisis kepimpinan yang berpanjangan menyebabkan 5 orang Ahli MPP yang pro-PAS telah meletak jawatan kerana tidak berpuas hati dengan pucuk kepimpinan PMUKM. Mereka ialah Wan Ismail Wan Jusoh (MPP Umum), Hussein Mohd Yunus (MPP Umum), Zulkarnain Yusof (MPP FPI), Alwi Mohd Ali (MPP FSH) dan Mohd Razain Mohd Noor (MPP PPK). · Mengikut pengkaji politik kampus, krisis kepimpinan ini mungkin dapat dielakkan jika kedua-dua pihak bertolak ansur dengan tidak menerima tekanan dari pihak luar dan mengikut proses biasa. 1985/86 · Kumpulan pro-ABIM dan kumpulan pro-PAS tidak dapat berkompromi lagi biarpun atas perpaduan kumpulan Islam. Masing-masing mempunyai fahaman dan konsep berbeza dalam soal pelaksanaan Islam. · Kedua-dua kumpulan telah meletakkan calon dari kumpulan masing-masing di dalam pilihanraya tersebut menyebabkan berlakunya pertandingan tiga penjuru buat pertama kalinya dalam sejarah politik kampus UKM. Calon ATMA yang pro-ABIM bertanding di bawah “bendera biru” manakala yang pro-PAS bertanding di bawah “bendera hijau”. · Ternyata pertandingan tiga penjuru ini telah menguntungkan TSB. TSB telah berjaya memenangi pilihanraya kampus kali ini. Kesemua calon umum dari kumpulan Islam sama ada pro-ABIM atau pro-PAS tewas, kecuali Kamsani Mahful. · Beberapa faktor yang mempengaruhi kemenangan TSB ialah : 1. Faktor perpecahan di kalangan kumpulan Islam yang membawa kepada perpecahan undi 2. Sokongan penuh oleh pelajar bukan Islam (India dan Cina) kepada TSB. TSB menjanjikan jawatan Penolong Setiausaha Agong dan Bendahari PMUKM kepada Cina jika mereka menyokong TSB. 3. Peranan HEP melalui tindakan menarik balik tanggungjawab pengendalian Minggu Suaikenal daripada PMUKM yang dikuasai oleh kumpulan Islam. HEP mengenepikan mahasiswa yang dikenalpasti penyokong kumpulan Islam dan melantik sebahagian besar Jawatankuasa Orientasi (JKO) dari kalangan TSB untuk mencari pengaruh di kalangan mahasiswa baru. 1986/87 · Ekoran perpecahan kumpulan Islam sebelum ini, maka muncullah Islam Penyelamat Ummah (IPU). IPU telah berjaya memenangi Pilihanraya Kampus 1986/87. · Yang Di Pertua PMUKM sesi 1986/87 ialah Abdul Fatah Zakaria (FPI) · ATMA tidak meletakkan calon untuk bertanding di peringkat MPP kecuali di beberapa kamsis sahaja. · TSB tewas kerana sikap perkauman dan isu pesta Konvo ke-14 yang didakwa berlaku penyelewengan kewangan menyebabkan rugi besar. · Isu perkauman telah menakutkan mahasiswa Cina untuk memberi undi sekali lagi kepada TSB. Chinese Community Committee (CCC) yang mewakili kaum Cina dikatakan “berpatah arang” dengan TSB. Sebagai protesnya, mereka tidak keluar mengundi dan ada yang mengundi IPU. · Peristiwa Tanglung 1986 tidak dapat dilupakan oleh mahasiswa Cina dan amat mengecewakan mereka di mana tanglung-tanglung mereka dikoyak-koyak setelah berlaku pergelutan dengan kumpulan nasionalis Melayu TSB. Menurut ceritanya, pelajar-pelajar yang didalangi CCC telah membuat perarakan membantah ucapan presiden UMNO di persidangan UMNO tahun itu. Dua orang kuat CCC Lim Kwe Syu dan Yu Kee Su (Bendahari PMUKM 1985/86) turut berucap dalam perarakan tersebut. Kumpulan TSB bertindakbalas membantah perarakan mahasiswa Cina itu dan kemudiannya mendesak CCC dibubarkan. TSB begitu curiga dengan CCC yang begitu berpengaruh di kalangan mahasiswa Cina. Mohd Nor Hakim yang memangku jawatan Yang Di Pertua PMUKM sesi 1985/86 telah mengumumkan pembubaran CCC. (CCC pada asalnya adalah sebuah badan perundingan antara kumpulan Islam dengan mahasiswa Cina yang dibentuk ketika kumpulan Islam menerajui PMUKM sebelum itu). · CCC telah memberi sokongan kepada IPU dalam pilihanraya kampus sesi 1986/87. 1987/88 · IPU memenangi Pilihanraya Kampus sesi 1987/88 · Yang Di Pertua PMUKM sesi 1987/88 ialah Idris Ahmad (FPI) 1988/89 · IPU memenangi Pilihanraya Kampus sesi 1988/89 · Yang Di Pertua PMUKM sesi 1988/89 ialah Wan Ali Wan Jusoh. Setiausaha Agong ialah Zulkifli Abd Ghani. · Pada 5 Mac 1989, IPU dan kumpulan-kumpulan Islam telah bertindak membantah program “Pentas Varia” yang mengundang artis-artis terkenal di Kamsis Rahim Kajai. Pada peringkat permulaannya, pihak pentadbiran universiti telah bersetuju menarik balik kebenaran tersebut setelah mendapat bantahan dari 15 buah persatuan mahasiswa di UKM di samping mendapat tahu mahasiswa/i Islam akan mengadakan demonstrasi sekirannya program tersebut diteruskan. Walaubagaimanapun, Pentas Varia tetap diteruskan pada Malam Israk Mikraj di Dewan Kuliah Utama (DKU) menyebabkan tidak kurang dari 3000 mahasiswa mengadakan demonstrasi membantah program tersebut. Akhirnya, program tersebut terpaksa dibatalkan. · Berlakunya “Demonstrasi Bermotosikal” kerana mambantah peraturan lalulintas yang baru dikuatkuasakan oleh UKM. · PMUKM sesi 1988/89 telah menganjurkan Kongres Mahasiswa Peringkat Kebangsaan. Saudara Anwar Ibrahim, Menteri Pendidikan ketika itu telah di serang bertubi-tubi oleh mahasiswa selepas merasmikan program ini. 1989/90 · TSB dapat menguasai PMUKM disebabkan berlakunya sekali lagi perpecahan dalaman mahasiswa pro-Islam antara IPU dan ATMA. TSB hanya menang simple majority setelah berjaya menguasai 27 dari 48 kerusi, yakni kurang 5 kerusi dari jumlah 2/3. · Yang Di Pertua PMUKM sesi 1989/90 ialah Ahmad Shamsuddin Ramli. · ATMA yang merasakan kedudukan mereka sudah stabil mencuba nasib dengan meletakkan calon diperingkat umum. Sekali lagi berlaku pertandingan 3 penjuru diperingkat kerusi umum. Berdasarkan undi yang dipungut dalam pilihanraya kampus tersebut, TSB tidak akan menguasai PMUKM sekiranya ATMA tidak bertanding. · Kekalahan IPU dalam pilihanraya kampus sesi 1989/90 juga disebabkan pengundi-pengundi Cina telah berpaling semula menyokong TSB kerana dijanjikan jawatan-jawatan penting dalam PMUKM. TSB telah menarik sokongan Cina dengan menjajikan jawatan Naib Yang Di Pertua, Penolong Setiausaha Agong dan Penolong Ketua Hal Ehwal Wanita (BHEW) dan lain-lain jawatan dalam kabinet PMUKM. Tawaran ini begitu menarik kepada mahasiswa Cina kerana pertama kalinya dalam sejarah PMUKM seorang mahasiswa Cina dilantik sebagai Naib Yang Dipertua PMUKM. · Sejarah bermula apabila Ng Huai Yuen dilantik sebagai Naib Yang Di Pertua PMUKM sesi 1989/90, Tan Yew Chong sebagai Penolong Setiausaha Agong dan Tan Siew Chong sebagai Penolong Ketua BHEW PMUKM sesi 1989/90. · Sungguhpun begitu, mahasiswa Cina merasa tertipu juga kerana diberikan jawatan tinggi tetapi peranan mereka tidak seberapa menyebabkan mereka tidak berpuas hati berbanding ketika IPU dan ATMA memerintah dahulu di mana mereka tetap menerima layanan yang adil walaupun tidak mendapat habuan kerusi tertinggi exco. · Disebabkan tidak cukup 2/3 kerusi yang dimenagi TSB, mereka gagal memanggil mesyuarat yang cukup korum untuk meluluskan Ucapan Dasar PMUKM. · Ahli-ahli MPP IPU telah membuat bantahan bertulis kepada TNC (HEP) berhubung dengan perjalanan mesyuarat MPP yang tidak sah menyebabkan perlantikan juga tidak sah. Namun, Timbalan Pendaftar HEP, Hj Salleh Yusof telah menjawab kembali bantahan tersebut. · Kelemahan TSB memimpin PMUKM menjadi semakin ketara bilamana berlaku krisis kepimpinan yang tidak dapat dibendung lagi. Naib Yang Di Pertua PMUKM, Sdr Imran Hadzli Abd. Hamid telah meletakkan jawatannya ekoran krisis tersebut. Sementara beberapa exco lain dikatakan mengambil sikap menyepikan diri. · TSB dikatakan tidak mampu memimpin PMUKM setelah gagal melaksanakan pelbagai program yang perlu dilaksanakan. Ucapan Dasar PMUKM sesi 1989/90, Ahmad Shamsuddin Ramli pun tidak disahkan oleh MPP kerana IPU mendakwa sebahagian besar Ucapan Dasar tersebut sama dan ciplak Ucapan Dasar Yang Di Pertua PMUKM sesi sebelumnya (PMUKM di bawah IPU). · Selain itu, beberapa pemimpin IPU yang menguasai pelbagai persatuan di UKM telah menghantar beberapa memorandum bantahan kepada HEP berhubung salah laku pemimpin-pemimpin TSB yang menguasai PMUKM. · Pada 14 Februari 1990, PMUKM-TSB telah mengajurkan satu program yang dinamakan “Malam Mesra Abadi” sempena sambutan “Valentine Day” bagi meraikan pasangan-pasangan yang sedang bercinta. Desakan IPU berjaya melembutkan hati Timbalan Naib Canselor (HEP) untuk membatalkan program tersebut. 1990/91 · IPU kembali menguasai PMUKM. Mahasiswa yang cenderung kepada Islam memberikan sokongan padu kepada IPU setelah mereka mendapati kehadiran ATMA hanya untuk kacau daun sahaja. 1991/92 · Ketiadaan majoriti 22-22 antara IPU dan TSB dalam Pilihanraya Kampus 1991/92 menyebabkan 4 undi wakil rakyat bebas menjadi penentu. · Kesemua MPP IPU yang telah memenangi jawatan Yang Di Pertua, Naib Yang Di Pertua, Bendahari dan lain-lain dalam kabinet PMUKM 1991/92 telah meletakkan jawatan beramai-ramai dan mengambil sikap tidak mahu dicalonkan sebarang jawatan dalam pemilihan semula menyebabkan keadaan kelam kabut dan TSB berjaya memegang semua jawatan dalam PMUKM. · Kabinet PMUKM yang dibentuk oleh TSB telah menjadi kabinet second class setelah calon-calon utama mengundur diri. Malah ada yang mendakwa berlakunya politik wang dengan membeli undi oleh pihak tertentu bagi menjatuhkan IPU yang berkuasa sebelum itu. Pegawai-pegawai HEP telah campurtangan dalam proses pemilihan kabinet PMUKM. Pegawai HEP yang terlibat telah pergi ke kampus UKMS di Sabah dengan membawa 6 ahli MPP dan menaja kabinet campuran sebagi usaha awal untuk menaikkan semula TSB memimpin PMUKM. Sikap HEP yang memihak kepada sesuatu kumpulan ini memburukkan lagi keadaan politik kampus di UKM. · IPU telah mempunyai kesempatan bertindak balas dengan mengemukakan undi tidak percaya kepada kabinet minoriti TSB semasa pembentangan Ucapan Dasar Yang Dipertua PMUKM, Razali Ibrahim. Tindakan mereka berjaya kerana TSB yang hanya mempunyai 18 ahli sahaja (kerana 4 ahlinya di kampus Sabah tidak hadir) dan dengan ini kabinet PMUKM pimpinan Razali Ibrahim terbubar dengan sendirinya apabila usul tersebut lulus (22 undi bersetuju serta tiada undi membantah). Namun, HEP enggan megiktiraf undi tidak percaya tersebut serta membenarkan TSB menerajui PMUKM. · Yang Di Pertua PMUKM sesi 1991/92 ialah Razali Ibrahim. 1992/93 · Sekali lagi tiada majoriti mencukupi sama ada TSB (22 kerusi) dan IPU (21 kerusi) dengan bebas memenangi 5 kerusi. Keadaan ini menyebabkan TSB ataupun IPU tidak boleh membentuk kabinet secara bersendirian. · Terdapat sekali lagi usaha untuk membentuk kerajaan campuran TSB-IPU kerana TSB hanya memenangi 2 sahaja kerusi di peringkat kampus berbanding dengan IPU 7 kerusi bagi mengelakkan krisis politik berpanjangan seperti sesi lepas. · Tetapi dengan bantuan HEP, TSB sekali lagi berjaya membentuk kabinet PMUKM walaupun dibantah oleh IPU kerana memanggil mesyuarat dengan tidak menurut peraturan yang ditetapkan. · Dalam mesyuarat yang dibantah oleh IPU itu, TSB sekali lagi melantik Razali Ibrahim sebagai Yang Di Pertua PMUKM. · Krisis berterusan apabila Setiausaha Agong, Saiful Adli Jamian didakwa gagal mendapat status sebagai pelajar berdaftar yang menjadi syarat untuk mengambil bahagian dalam kegiatan mahasiswa di kampus. Ini memberikan kesempatan kepada IPU membantah dan mendakwa urusan PMUKM tidak sah. 1993/94 · TSB mendapat kemenangan lebih besar dan terus kekal menguasai PMUKM. · Yang di Pertua PMUKM sesi 1993/94 ialah Amiruddin Hassan. · IPU membina imej baru dengan mula menggunakan slogan “Membina Angkatan Mahasiswa Penggerak Ummah” (MAMPU). 1994/95 · TSB diberi kepercayaan untuk menerajui PMUKM bagi kali keempat berturut-turut. . 1995/96 · TSB masih diberi kepercayaan menguasai PMUKM. 1996/97 · IPU-MAMPU menguasai PMUKM · Yang Di Pertua PMUKM sesi 196/97 ialah sdr Wan Azlan Wan Adnan daripada FPP. · Pesta Konvo anjuran PMUKM member keuntungan yang besar. Ketua Pengarah Pesta Konvo tersebut ialah Sdr Nor MaizudinMohd Nor. · Motto PMUKM iaitu Mahasiswa Membina Peradaban Ummah mula diperkenalkan secara rasmi. 1997/98 · IPU-MAMPU menguasai PMUKM · Yang Di Pertua PMUKM sesi 1997/98 ialah sdr Muhyidddin Jaffar daripada FPP. 1998/99 · IPU-MAMPU menguasai PMUKM · Yang Di Pertua PMUKM sesi 1998/99 ialah sdr Faizal Mahamud. · Banyak perubahan dilaksanakan seperti kewujudan BAKSIS, BALKIS dan BAIT. · Pilihanraya Kamsis dimansuhkan dan digantikan dengan pemilihan oleh pihak pengetua dan pentadbiran kamsis. · Presiden PMUKM dengan beraninya membuat kenyataan akhbar supaya Perdana Menteri, Mahathir meletakkan jawatan ekoran konspirasi peringkat tertinggi yang mengakibatkan pemecatan Anwar Ibrahim. 1999/00 · IPU-MAMPU menguasai PMUKM · Yang Di Pertua PMUKM sesi 1999/2000 ialah sdr Iqbal Jusoh @ Nordin. · Isu Permit Kenderaan RM200 berjaya ditangani dengan baik. 2000/01 · IPU-MAMPU menguasai PMUKM. Kemenangan besar IPU-MAMPU 51 - 0 ke atas TSB di dalam Pilihanraya Kampus UKM. · Yang Di Pertua PMUKM sesi 2000/01 ialah sdr Mahadi Sukarno. · Peraturan pilihanraya yang baru mula diperkenalkan. 2001/02 · IPU-MAMPU menguasai PMUKM · Yang Di Pertua PMUKM sesi 2001/02 ialah Abdullah Abdul Karim. 2002/03 · IPU-MAMPU masih menguasai PMUKM buat kali ketujuh berturut-turut. · Yang Di Pertua PMUKM sesi 2002/03 ialah Haris Arimudin. · Dalam Pilihanraya Kampus sesi 2002/03, TSB telah membina imej baru dengan menggunakan nama ASPIRASI. Namun percubaan dengan menggunakan imej baru ini tidak berjaya. Daripada 32 kerusi yang dipertandingkan, Aspirasi kalah di semua kerusi umum dan hanya menang 6 kerusi fakulti. 2003/04 · ASPIRASI menguasai PMUKM. Percubaan TSB menggunakan nama ASPIRASI buat kali kedua akhirnya berjaya. 2004/05 · ASPIRASI menguasai PMUKM. · Presiden PMUKM sesi 2004/05 ialah Sdr Hafidzan. 2005/06 · Munculnya Gabungan Mahasiswa yang menggabungkan beberapa front dan mahasiswa/i UKM dalam Pilihanraya Kampus UKM. · ASPIRASI masih menguasai PMUKM. ASPIRASI menang 28 kerusi daripada 33 kerusi yang dipertandingkan manakala Gabungan Mahasiswa menang 5 kerusi. · Presiden PMUKM sesi 2005/06 ialah Sdr Mohd Anas Ali. 2006/07 · ASPIRASI masih menguasai PMUKM. ASPIRASI menang 29 kerusi daripada 34 kerusi yang dipertandingkan manakala Gabungan Mahasiswa menang 5 kerusi. · Presiden PMUKM sesi 2006/07 ialah Sdr Mazuwan Murad. 2007/08 · ASPIRASI masih menguasai PMUKM. ASPIRASI menang 30 kerusi daripada 34 kerusi yang dipertandingkan manakala Gabungan Mahasiswa menang 4 kerusi. · Presiden PMUKM sesi 2007/08 ialah Mohd Zaid Mohd Idrus. · Banyak isu Kebajikan Mahasiswa dan isu Universiti mejadi persoalan antaranya ; UKM tidak berjaya sebagai universiti APEX, kenaikan harga yuran pelajar, yuran-yuran tambahan yang terpaksa dibayar oleh mahasiswa/i iaitu yuran elektrik dan pertambahan Yuran Aktiviti Kolej sebanyak RM20 daripada RM80 kepada RM100, yuran yang tidak munasabah iaitu Yuran Khas Alumni yang terpaksa dibayar oleh mahasiswa/i baru peringkat ijazah sarjana muda, isu keselamatan siswi, isu integriti dan kualiti kepimpinan tertinggi mahasiswa, isu kecurian motosikal dan kecurian di blok-blok asrama. · Gabungan Mahasiswa berwajah baru dengan pelancaran logo baru dan keanggotaan terkini. Ia bertindak sebagai pakatan mahasiswa/i yang memperjuangkan politik nilai, bukan hanya sempit kepada poltik perkauman dan poltik kepartian. Nilai yang diperjuangkan ialah Falsafah Universiti, kebajikan semua mahasiswa/i dan masyarakat UKM tanpa mengira batasan agama dan kaum serta memperjuangkan nilai keintelektualan dan keilmuan. dipetik dari blog GM

17 comments:

Anonymous said...

top [url=http://www.001casino.com/]online casino [/url]check the latest [url=http://www.realcazinoz.com/]free casino[/url] free no set aside bonus at the foremost [url=http://www.baywatchcasino.com/]casino online
[/url].

Anonymous said...

Von Miller Women's Jersey

For example, process innovation can be just as important as new product innovation:a) The Japanese car manufacturing industry outmanoeuvred the US car through improvement in manufacturing and quality control processes TV dogs It is very important to keep your money agreements, so pay your bills graciously

Authenitc J.J. Watt Jersey

I knew a man who always wore cowboy bootsAffirmation: I am well loved and fit in regardless of the amount of money I have The reactions are not healthy for you or your relationships

JJ Watt Elite Jersey

Anonymous said...

And God's Son bought into that lie so how can we expect a liar to provide the whole world with the kind of truth that universally saves men They get attention! No time at the end of the month you say[url=http://giantsofficialjersey.com/]Giants Eli Manning Jersey[/url]
I didn't have time to exercise[url=http://official49ersjerseystore.com/]Aldon Smith Youth Jersey[/url]
or I didn't have time to write You cannot change your viewpoints and opinions unless you experience problems first hand
Giving something away to the less fortunate will bring you deep[url=http://official49ersjerseystore.com/]Frank Gore Women's Jersey[/url]
abiding joy By not using the proper tools[url=http://nikebengalsnflstore.com/]Authentic A.J. Green Jersey[/url]
or the proper software to do some things[url=http://patriotsofficialshop.com/]Women's Stevan Ridley Jersey[/url]
you are often loosing countless hours each months and this lost time could have been used to grow your business! Think about it : is there something you could improve today with the use of the proper tool?3 You can get authentic NFL jerseys for men[url=http://official49ersjerseystore.com/]Aldon Smith Youth Jersey[/url]
women and kids[url=http://giantsofficialjersey.com/]Victor Cruz Nike Jersey[/url]
officially sanctioned by the NFL

Anonymous said...

top [url=http://www.c-online-casino.co.uk/]uk casinos[/url] check the latest [url=http://www.realcazinoz.com/]casino bonus[/url] unshackled no deposit hand-out at the foremost [url=http://www.baywatchcasino.com/]unshackle casino games
[/url].

Anonymous said...

While there are several sizes available, 25,30,35, the mostly commonly carried size is the 30. http://www.oneghdhair.com The house was full until the very end when party goers headed to Brother Jimmy for a late night party. uggs "I think working with bright colors and benign-looking animal masks compel me to explore the deeper, darker side of my spirits. http://www.morenorthface.com Thats just to name a few.. http://www.morenorthface.com Diamond-shaped with rounded combination of hardness and softness of a woman reflects the intellectual beauty.

Anonymous said...

Rozich's paintings are a mixture of watercolor, gouache and acrylic ink. ugg Prints were shown mostly in black and white, with a few muted neons.. ugg boots outlet Although this is not a sartorial conquest, it is my interview with Angela Guitard of Angela sharing the carefully edited collections of fabulousness that is her new famed boutique. http://www.softuggboots.com On the other hand, fashion jewelry is a term used to describe the whole range of inexpensive and flashy costume earrings, rings, and pendants that are not branded but are very much in fashion. http://www.downuggboots.com So, here it is.

Anonymous said...

Chow Tai Fook [impressive] (Achievement) series of ornaments, you remember the beauty of this long-lasting, rewarding moments in life, show your impressive light. ugg believe fashion commerce is broken, and if anything getting increasingly fragmented, with online sites, apps and more from a variety of places. ghd pink orchid If I see one more grown man running around with the little name brand tag still on the suit I'm going to scream. ghd hair We took turns soaking and dying our yarn, and although the party began at 1pm, it was 9:45 before my bout with the dye bottles wound up the show. ugg The latest lines go the quickest, therefore you can occasionally pass up the chance to find the perfect tote should you not rush.

Anonymous said...

All entries will be forwarded to our sponsor for the purpose of randomly selecting a winner. http://www.lateuggboots.com Designed by the renowned brands, such as Catherine Malandrino, Philippe Ferrandis, Shourouk, Ben-Amun, Hely Designs, Jayde, Jacques Fath, Anton Heunis, Manik Mercian, Gian Paolo Maria, Camila Klein and Philippe Audibert and other creative dazzling jewelry, debut in the star-studded party, will be November 18-December 2 Shanghai Huaihai Road, the Yi Cai retail display. north face I to come back with more substantive junk, stuff comprehensive utilize. uggs outlet To address this issue, we have developed a script that will assist in shedding more light on the subject: is the website down, or is it just me?. ghd boho chic limited edition These are pieces that will never go out of style.

Anonymous said...

If you can't find me at Gilles Street Markets on a sunny Sunday afternoon, selling my pieces to my lovely Adelaide customers, you would find me at home stalking street style blogs, designing, listening to Angus and Julia Stone and sewing. http://www.oneghdhair.com The day of the suffering artist is done, it is the diamond age the age of the effortlessly ecstatic artist and the age starts now. ghd flat iron For men smoked and it had listened to change No Fax Payday Loans Canada No Fax Payday Loans Canada your personal problems also include has smoked. ghd I hope to continue to travel and showcase my work and sometime in the future open a Steampunk Gallery in the heart of my hometown in South-Western Ontario.. http://www.oneghdhair.com With so many how-to videos on the internet that show just how simple a backsplash can be to install-like the one below from DIY Network-why not put a little lipstick on your kitchen before holiday guests arrive?.

Anonymous said...

Tell us: Are you jealous of Lourdes glam summer job?. http://www.lateuggboots.com Whether your website is about digital photography, pets or any other topic, there is always a circle of close competitors to contend with. ghds Custom sweat bands work great as a flashy accessory. north face jackets I do know the collection emphasized on Bohemian, embossed designs and embroidery.. north face And it seems as if only two of those groups are well-served by the plus-size fashion market fats do not enjoy fashion.

Anonymous said...

cеrtainly liκe youг website
hoωеver уou neеd to test thе spelling on quite a few of
your posts. Mаny of them arе rife with
sρelling ргoblems and I іn finding it ѵery tгοublеsome to
inform the tгuth nevertheless I will ceгtainly come аgain again.


Hегe is my website iphone battery

Anonymous said...

dieta , http://www.best-dieta-2013.ru/#ShousDesDuh диеты эффективные

Anonymous said...

buy ativan picture generic lorazepam 1mg - ways get high ativan

Anonymous said...

You mаdе ѕomе really gοod
рoints there. I lookеd οn thе net tо find out moгe about the іѕѕuе anԁ found most peoρle wіll gо along with your views
on thіs ωeb sіte.

Fеel freе tο ѕurf to my webpаgе :: ipad 2 screen repair

Anonymous said...

The other day, while I waѕ at work, my sіѕter stole
my iPаd and tested tο sеe if it cаn survіve а twеnty fivе
foot ԁrοp, just so shе can be
a youtube sensatiοn. My apрle ipаԁ iѕ now broken and
she has 83 views. I know thiѕ іѕ entiгely off topic but I had to ѕhaгe it ωith someone!



Herе is my ωeb page /blog/4574600768/Beware-of-Macbook-Repair-in-Penang/5142650

Anonymous said...

I constantly spent my half an hour to read thіs webρage's posts every day along with a mug of coffee.

Here is my web page: ipad repair penang

Anonymous said...

I am not sure where yοu aге gettіng your infoгmation,
but good toρic. I needs tо ѕрend some time learnіng morе or unԁerstanԁіng more.
Thаnks for magnifісеnt іnfогmation I wаs lоoking foг thіs info for my miѕsіοn.


Feel free to viѕit my pаge; iphone repair pj