Thursday, April 24, 2008

TERKEJUT, syarat utama jadi PM..

Azizah: Saya sedia jadi PM...

Dr Wan Azizah Ismail berkata beliau 1.) bersedia menjadi perdana menteri Malaysia jika Pakatan Rakyat berjaya mendapat majoriti dua pertiga susulan peralihan sokongan wakil-wakil Barisan Nasional."

Saya bersedia, insya Allah. Ini 2.) kejutan baru kepada saya."Saya menyertai gelanggang politik (pun) secara mengejut, saya menjadi ketua pembangkang (pun) secara mengejut," kata presiden PKR kepada wartawan di Petaling Jaya, hari ini. Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah beliau bersedia menjadi perdana menteri apabila Pakatan berjaya mempengaruhi lebih 30 wakil BN untuk beralih kepada gabungan pembangkang.

"Saya juga tidak pasti bila mereka akan menyertai Pakatan Rakyat tetapi 3.) kita tidak paksa mereka."Sesiapa yang nak masuk Pakatan hendaklah atas niat 4.) meninggalkan parti perkauman dan menegakkan keadilan," tambahnya.

Mari Fikir Sama-Sama.

Siapalah wanita bernama Azizah?

Kalau bukan kerana peristiwa suaminya dibuang parti yang didakwanya perkauman, adakah mungkin rakyat kenal pemimpin yang bersuara doremon ini layak nak membela nasib rakyat Malaysia?

1.) Sudah bersedia-sedih mendengar alasan wanita kuda-kudan si penunggang handalan, adakah mungkin benar sedia sejak dara hingga ke tua?sanggup terima perit derita asal sahaja mendapat kuasa?

2.) Kejutan baru kpd saya, sertai politik cara mengejut, ketua pembangkang mengejut-adakah syarat nak jadi PM mesti TERKEJUT? Apa wawasan, apa misi, apa visi nak bawa Malaysia dan bela rakyat? takut-takut rakyat terkejut buka mata di Putrajaya rombongan kopiah putih kecil kuasai negara. Adakah mungkin sewaktu berumahtangga anda terkejut entah di mana dibawa si dia?

3.) Kita tidak paksa mereka-rakyat sedih melihat bila wanita jadi pendusta, contohi putar belit sang gila kuasa. Atas kata berjaya pengaruh, bawah kata tidak paksa mereka. Adakah mungkin, sewaktu "LARI" dulu berjaya dipengaruh tapi tidak dipaksa? Adakah mungkin, bila terkejut boleh mempengaruhi?

4.) Tinggalkan parti perkauman sertai keadilan-Nak adil apa inginnya kamu? adil pada rakyatkah atau hanya adil pada si dia seorang sajakah?berlaku adillah pada anak anda Nurul Izzah yang tak tahu apa-apa dipaksa, dikerah laksana kuda hanya ingin hajat BERKUASA. Adakah mungkin anda terkejut jika esok si dia berpaling tadah dapat nonya yang lagi jelita..ingat-ingat pada sejarah....

Harap tidak terkejut-kejut...

No comments: