Saturday, March 22, 2008

Ujian sahsiah keguruan nilai watak, profil calon

Insak liputi sembilan gagasan wajib diambil ketika temu duga UJIAN Inventori Sahsiah.

Keguruan (Insak) yang diwajibkan kepada semua calon kursus perguruan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan mengumpul profil calon, selain mengenal pasti karakter sebenar dan kesesuaian mereka menceburi profesion keguruan. Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran, Datin Asariah Mior Shaharuddin, berkata ujian bertulis meliputi sembilan gagasan itu wajib diduduki calon yang dipanggil untuk temu duga selepas berjaya melepasi tahap skor merit ditetapkan pihak kementerian. Menerusi ujian itu katanya, calon perlu menjawab 135 soalan dalam tempoh 30 minit merangkumi sembilan gagasan ditetapkan antaranya amanah, taat setia, disiplin, kestabilan emosi dan kepemimpinan.

"Hasil ujian itu akan menentukan profil calon secara keseluruhan yang kemudian akan disemak dengan prestasi calon ketika temu duga. "Proses temu duga adalah penilaian penting untuk kita melihat keupayaan dan kecenderungan setiap calon bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar berkelayakan dipilih memikul tanggungjawab menjayakan dasar pendidikan negara," katanya kepada Berita Harian. Asariah dalam laporan akhbar ini, baru-baru ini mengumumkan 4,980 tempat disediakan untuk lulusan SPM mengikuti enam program ijazah dalam bidang perguruan tahun ini.

Daripada jumlah itu, 4,200 tempat untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun, 150 lagi Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Luar Negara (150), Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan TESL (500), Program Kembar Bahasa Cina (100) dan masing-masing 15 bagi Program Kembar Bahasa Perancis dan Bahasa Jerman. Sambil menegaskan tiada kuota berdasarkan jantina ditetapkan dalam pemilihan calon guru, Asariah berkata, calon berjaya dipilih berasaskan prestasi dalam temu duga, pencapaian Insak dan merit skor akademik bagi mengikuti kursus perguruan di institusi perguruan di seluruh negara.

Sebagai prasyarat katanya, calon terpilih dikehendaki mengikuti kursus persediaan mengikut tempoh ditetapkan dan hanya calon lulus kursus itu layak meneruskan pengajian peringkat ijazah sarjana muda. Mengenai semakan calon layak ditemu duga dan menduduki ujian Insak, katanya, ia boleh dibuat pada 29 April ini menerusi laman web di alamat: http://moe.gov.my. "Temu duga calon terpilih pula akan dibuat mulai 5 hingga 30 Mei dan pendaftaran pelajar bagi mengikuti kursus persediaan di institut pendidikan guru terpilih dijadualkan pada 14 Julai depan," katanya.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Pendidikan/20080322001953/Article/index_html

5 comments:

14 said...

ada apa2 tips tentang interview ppc..hahah

Abu Farhi said...

Nak tips ada kat laman ini http://www.latih2b.e-panduan.com Ada latihan MTeST dan INSAK secara interaktif jawapan dan skor automatik.

Abu Farhi said...

Nak tips ada kat laman ini http://www.latih2b.e-panduan.com Ada latihan MTeST dan INSAK secara interaktif jawapan dan skor automatik.

Abu Farhi said...

Laman ni... http://latihtubi.gnomio.com

Husna said...

Utk ujian insak, kalau boleh tahu soalan nya, hendak ditekankan dari aspek apa ya?