Friday, March 7, 2008

Kakitangan awam hidup selesa.

PUTRAJAYA: Kerajaan menghargai kakitangan perkhidmatan awam sejak zaman parti Perikatan lagi dan hakikat itu terbukti dengan langkah kerajaan menyediakan persekitaran kerja dan tempat tinggal selesa di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata hakikat itu juga diakui kakitangan awam yang bersyukur dapat bertugas di pejabat serba lengkap dan tinggal di kuarters baru yang selesa serta berdekatan.

Katanya, kakitangan awam yang berkhidmat di sini memaklumkan kepada beliau bahawa kehidupan mereka kini jauh lebih senang dan selesa berbanding ketika bertugas di ibu negara kerana mereka terpaksa menanggung kos sara hidup yang tinggi. "Mereka beritahu saya sekarang, mereka tak perlu bayar tol. Waktu dulu ketika kerja di Kuala Lumpur ada yang terpaksa tinggal di kawasan setinggan kerana susah atau tidak mampu mendapat rumah sewa. Sekarang apartmen yang disediakan kerajaan pun baik dan cantik... saya percaya kakitangan kerajaan tahu apa yang dilakukan kerajaan.

"Pas ini merepek saja...mana BN tak hargai kakitangan awam, sebab itu saya kata Pas merepek. Kita menghargai kakitangan awam sejak 50 tahun dulu, semasa Perikatan lagi," katanya pada sidang media di Pejabat Umno bahagian Putrajaya, di sini, semalamBeliau mengulas kempen Pas meminta pengundi di sini yang lebih 90 peratus adalah kakitangan perkhidmatan awam supaya memilih calon parti itu kerana kononnya kerajaan BN tidak menghargai mereka kerana belum membuat keputusan berhubung pembayaran sagu hati berjumlah RM2,000 yang diminta Cuepacs. Pada pilihan raya umum kali ini, Tengku Adnan yang mempertahan kerusi Parlimen Putrajaya, dicabar Pesuruhjaya Pas Wilayah Persekutuan, Mohamad Noor Mohamad.

Sumber:http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Nasional/20080306000447/Article/

No comments: